hye all~
blog ini sengaja aku wujudkan semata-mata untuk memenuhi janji dan komitmen aku pada seseorang...jugak pada diri aku sendiri...masa tu aku janji untuk buat satu senarai berkenaan 101 impian aku sepanjang hidup ni...sebenarnya, impian aku adalah lebih banyak daripada senarai ni..tapi aku perlu tumpukan pada yang 101 ni dulu...kemudian, barula impian-impian yang lain akan tercipta..dan insya Allah akan aku capai...
:: mY 101 WiShEs ::
Me, MySeLf...
1. Buka Akaun Simpanan Emas dengan minimum 5gram
2. Ada simpanan RM10,000 dalam setiap Akaun
3. Ada insurans untuk diri sendiri
4. Wujudkan dan menyimpan dalam 5 akaun
5. Exclusively breastfed all my children sehingga umur 2tahun
6. Mempunyai sekurang-kurangnya 6 orang anak-anak yang soleh dan solehah
7. Menjadikan senaman sebagai rutin, sekurang-kurangnya setiap Sabtu & Ahad
8. Turunkan berat badan ke bawah 50 kg
9. Settlekan hutang personal loan
10. Settlekan hutang kereta
11. Settlekan hutang PTPTN
12. Miliki MacBook Air versi terkini
13. Miliki iPad versi terkini
14. Update blog sekurang-kurangnya sekali sehari
15. Siapkan e-novel Erti Sebuah Persahabatan
16. Siapkan e-novel Aku Skandal
17. Siapkan e-novel Memoir Seorang Aku
18. Siapkan e-novel Antique Bakery No.19
19. Hasilkan sekurang-kurangnya 2 e-novel setiap tahun
20. Terbitkan novel tulisan sendiri
21. Keluarkan buku koleksi puisi karya sendiri
22. Memiliki Mini Cooper S warna merah dengan stripes hitam
23. Miliki banglo/Semi-D yang ada laman di sekelilingnya
24. Membuat sendiri design/décor untuk rumah sendiri
25.Miliki perpustakaan sendiri di rumah
26. Miliki gymnasium di rumah sendiri
27.Miliki panggung wayang mini di rumah sendiri
28. Buat kuih raya sendiri setiap tahun
29. Berhenti kerja makan gaji sebelum umur 40 tahun
30. Retire young, retire rich
31. Bercuti ke Jepun
32. Melawat 7 wonders of the world sekurang-kurangnya sekali seumur hidup
33. Keluar bersama-sama kawan-kawan baik sekurang-kurangnya 6bulan sekali
34. Meluaskan perniagaan over territory
35. Memiliki rangkaian perniagaan dengan label sendiri
36. Buat pelaburan dalam bidang hartanah
37. Miliki Nikon DSLR sendiri
38. Sentiasa ada sekurang-kurangnya RM2,000 dalam tangan
39. Miliki jenama kasut dan beg tangan yang terkenal
40. Menjadi KAYA dan BERJAYA
Add VaLuE FoR MySeLf…
41. Belajar menjahit fesyen baju dan tudung
42. Belajar menjahit langsir dan kusyen
43. Belajar memasak – hidangan tradisional dan moden
44. Belajar masak & buat sushi
45. Belajar buat bakery dan culinary
46. Belajar buat hiasan kek dan cupcakes
47. Belajar gunakan Photoshop untuk membuat ilustrasi dan template
48. Belajar manicure, pedicure & body massage untuk suami
49. Dapatkan lesen memandu van dan lori untuk perniagaan
50. Belajar teknik solekan dan Andaman
51. Belajar teknik fotografi dan mengedit gambar
52. Miliki koleksi baju dan tudung dengan label sendiri
53. Menyambung pelajaran ke peringkat master
54. Belajar berenang dan menyelam
55. Membeli dan membaca buku sekurang-kurangnya 3buah sebulan
56. Mengikuti semua seminar oleh Dr. Azizan Osman
57.Belajar tentang real estate property & investment
58. Belajar main gitar
59. Belajar main piano
60. Belajar bahasa asing – mandarin, Korean, Japanese
61. Terbitkan e-book berkenaan kesihatan, pregnancy, babycare
62. Menulis artikel untuk dimasukkan ke dalam jurnal dan diterbitkan dalam masa 3 tahun
Me, HusBanD & KiDs…
63. Sambut anniversary dengan suami setiap tahun tanpa gagal
64. Berbulan madu ke luar negara sekurang-kurangnya 3tahun sekali
65. Menunaikan Haji bersama suami
66. Mencuba bungee-jumping bersama suami
67. Membelikan hadiah paling disukai suami setiap kali hari lahirnya
68. Belajar tarian ballroom esp. salsa dan waltz bersama suami
69. Bercuti dengan suami dan keluarga setiap 3bulan sekali
70. Buat manicure & pedicure dengan suami & anak-anak sekurang-kurangnya 2bulan sekali
71. Pergi ke spa bersama suami & anak-anak sekurang-kurangnya 2bulan sekali
72. Buka studio fotografi/butik bersama suami
73. Memasak untuk suami dan keluarga setiap hari
74. Mendaki Gunung Kinabalu bersama suami & keluarga
75. Mengadakan photoshoot keluarga sekurang-kurangnya sekali setahun
76. Melawat setiap negara di dunia bersama suami & anak-anak
77. Bercuti ke tempat-tempat menarik di Eropah bersama suami & anak-anak
78. Mempunyai doktor peribadi untuk keluarga
Me, FaMiLy…
79. Menyambut hari lahir setiap ahli keluarga tanpa gagal
80. Buat kenduri doa selamat dengan keluarga at least setahun sekali
81. Bawa mak, ayah dan mama naik Haji
82. Buka simpanan emas untuk keluarga
83. Belikan mak & ayah kereta yang mereka suka
84. Belikan adik-adik gadget i.e. handphone, laptop, tablet yang mereka suka
85. Bercuti dengan keluarga besar sekurang-kurangnya setahun sekali
86. Berkhemah bersama keluarga besar sebagai aktiviti tahunan
87. Buka ladang sayuran/stevia bersama keluarga
Me, My ConTriBuTiONs…
88. Buka kedai online untuk menjual barangan bayi
89. Buka kedai online untuk menjual baju dan tudung
90. Buka perniagaan mangkuk tingkat – bermula di kawasan kediaman
91. Sediakan peluang pekerjaan untuk orang kampung/susah
92. Majukan perusahaan IKS kaum ibu di Bukit Kapar
93. Sumbangan bulanan sekurang-kurangnya RM1,000 kepada rumah anak yatim atau orang tua
94. Buka rumah anak-anak yatim/fakir miskin
Me, My CReaToR…
95. Khatam alQuran sekurang-kurangnya setahun sekali
96. Laksanakan Qiamullail sekurang-kurangnya setahun 2 kali
97. Pastikan anak-anak khatam alQuran bermula umur 12tahun
98. Mengamalkan sembahyang dhuha setiap hari
99. Perbanyakkan puasa sunat setiap hari Isnin & Khamis
100. TIDAK langsung meninggalkan solat 5 waktu
101. Menjadikan sekurang-kurangnya 50% daripada 101 impian ini tercapai dalam masa 10 tahun
maka inilah dia 101 impian yang aku senaraikan dan akan aku capai *insya Allah~*...mungkin jugak aku akan buat entry untuk setiap impian aku..yela, kat sini aku just senaraikan je...tapi sebenarnya untuk setiap impian tu, ada perinciannya...dan insya Allah jugak, setiap kali setiap satu impian tu berjaya aku capai, aku akan buat updated entry untuknya...aku M.E.S.T.I kaya dan berjaya~!!!!